Hai semua . Asalamualaikum wbt :) Hari nie , saya akan ceritakan tentang tajuk yang di atas ^^ .. Manatau boleh jadi panduan untuk bakal2 yg ikut temuduga nanti..hehe..
Okey , siapa2 yg dapat surat tawaran untuk jadi polis anda kena baca nie. Sebab saya dah pena melaluinya..hoho.. Saya akan bagitau apa yg korang kena buat nanti bila di temuduga yerr..
intro : Apabila anda datang untuk temuduga , anda perlu memakai pakaian yg FORMAL ( Berbaju kurung ) . Setelah itu anda perlu mengisi borang yang di bagi oleh pegawai yg bertugas. Kat belakang borang tu , ada kena tulis ujian fizikal yg korang perlu buat yerr.. Selepas iti sertakan sijil2 anda dan ic. Kemudian anda perlu pergi ke bilik yang disuruh oleh pegawai untuk periksa TINGGI & BERAT. Actually , drg x kesa pun kalau berat anda melebihi 50ke atas tapi jgn 60 ( tak bole lebih ) . Tinggi kena melebihi 152cm ( tak bole kurang). Lau anda rasa tinggi anda kurang , takpaya lah pergi. Lepas tu , anda boleh la tukar baju ( baju t-shirt & track suit ) Lebih baik jika anda lapis dengan seluar tight. Sebab pegawai nak tengok paha. Opss , lupa pula.. Bagi yg bertudung , anda TERpaksa buka tudung tau..huhuhu . Tapi jgn risau semua pegawai perempuan :) Setelah itu , nama anda akan dipanggil untuk masuk ke dalam bilik.
Perkara perlu di buat : UJIAN FIZIKAL ( ikut pegawai lah )
- Pegawai akan tanya hal peribadi anda sambil tengok2 borang anda.
- Tanya jika anda pernah anda jalani pembedahan.
- Memeriksa kepala,mata,telinga,gigi,bahu,badan,tangan,jari tangan,paha,kulit dan jari kaki. ( dilarang keras memiliki lebih drpd 2 tindik telinga,gigi palsu lebih 5biji dan tatu )
- Berdiri tegak sambil kaki buat bentuk " V ". Suara perlu kuat .
- Then , tangan perlu lurus tau. Tak bole bengkok.
- Perlu kawad dgn betul,pastikan paha tidak belaga.
- Pumping,sit-up,lujur kaki hingga melimpasi ibu jari kaki dan macam lompat bintang ( tak tau apa nama dia..haha)
- Last sekali , mereka akan uji suara. Cth: " Selamat pagi puan ". Kena cakap dgn kuat2 sampai pegawai tu puas hati. ( kwn saya kena suruh nyanyi ) Bab nak tgk suara anda sengau atau tidak.
Apabila semua perfect , pegawai akan bagitau sma ada anda lulus atau tidak. Apabila lulus , anda akan di temuduga nanti ^^ .. Soalan tak pasti pula yg macam mana. Tapi ada sorang polis perempuan bagitau, kemungkinan akan di tanya sapa ketua polis negara dan yg lain soalan mengarut..hoho. Jika anda tak dapat jawab jangan jawab saya tidak tahu ! TAK BOLEH ! . Kena jawab " Saya tidak pasti " :)
- TAMAT-
Gud Luck korang ^^ ..